Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Personel MySTEP Institut Perakaunan Negara | Tarikh Tutup: 31 Ogos 2022

Permohonan Jawatan Kosong Institut Perakaunan Negara.


Institut Perakaunan Negara ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personel MySTEP di Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara, Cyberjaya. Butiran lanjut seperti berikut:

JAWATAN :

PEMBANTU PENGURUSAN OPERASI
  • Kelayakan: PMR/PT3
  • Kadar Upah (RM): 1,400.00 / Bulan (Faedah: Kwsp dan perkeso)
  • Lokasi Pejabat: Pusat Pembangunan Profesional, Institusi Perakaunan Negara, Cyberjaya
  • Tempoh Lantikan: September hingga Disember 2022

SYARAT PERMOHONAN :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Mempunyai kelayakan akademik seperti jadual di atas;
  4. Lulus dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  5. Keutamaan kepada LELAKI sahaja dan yang tinggal berdekatan Putrajaya, Bangi, Kajang, Cyberjaya, Puchong serta sekitarnya;
  6. Memiliki LESEN MEMANDU KELAS D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan;
  7. Mahir membawa KENDERAAN MPV dan mahir dengan selok belok jalan & lokasi di Putrajaya & Lembah Klang;
  8. Mahir menggunakan komputer;
  9. Mempunyai pengurusan masa yang baik dan berupaya menguruskan tugasan mengikut keutamaan;
  10. Mampu bekerja secara berpasukan dan disiplin dalam setiap arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON :

Permohonan rasmi dan lengkap mengandungi dokumen berikut hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada sitikhalijah.johar@gmail.com dengan tajuk emel:

PERMOHONAN MySTEP: PEMBANTU PENGURUSAN OPERASI
  • Borang Permohonan
  • Resume berserta gambar
  • Salinan Kad Pengenalan depan & belakang
  • Salinan Sijil PMR / PT3
  • Salinan Lesen Memandu

HANYA CALON YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIJEMPUT HADIR KE SESI TEMUDUGA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 OGOS 2022 (RABU)

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/panggilan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.