Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Personel MySTEP Kementerian Wilayah Persekutuan | Tarikh Tutup: 01 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong Personel MySTEP Kementerian Wilayah Persekutuan.


Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Wilayah Persekutuan ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Personel MySTEP seperti berikut :

JAWATAN :

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
  • Gaji: RM2,000.00
  • Tempoh: 12 Bulan
  • Penempatan: Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Wilayah Perseketuan

DESKRIPSI TUGAS :

Pembangunan dan pelaksanaan sistem baharu, penambahbaikan sistem sedia ada, penyediaan dokumentasi sistem, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pengguna. Calon juga tertakluk kepada lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • a) Warganegara Malaysia;
  • b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
  • c) Ijazah dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat;
  • d) Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan sistem;
  • e) Kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java atau lain-lain. Calon digalakkan mempunyai pengetahuan dalam menggunakan framework pengaturcaraan;
  • f) Kemahiran dan pengetahuan dalam mereka bentuk mencipta, dan menyelenggara pangkalan data;
  • g) Kemahiran dan pengetahuan dokumentasi teknikal pembangunan sistem;
  • h) Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri dan
  • i) Bertanggungjawab, memiliki personality yang menarik dan berdisiplin.

CARA MEMOHON :

Kemukakan resume berserta gambar berukuran pasport terkini, salinan kad pengenalan dan sijil tamat pengajian lengkap beserta transkrip ke alamat e-mel sazrol@kwp.gov.my. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 September 2022 (Khamis).

Sebarang pertanyaan berhubung tawaran ini, boleh diajukan kepada Encik Sazrol Fadzli di talian 03-88897821

IKLAN PENUH JAWATAN