Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Suruhanjaya Tenaga (ST) | Tarikh Tutup: 28 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Tenaga (ST).


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan, berdaya saing, berwawasan, berfikiran dinamik dan yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi, untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Suruhanjaya Tenaga (ST).

JAWATAN :

  1. PEMBANTU KHIDMAT PELANGGAN

BIDANG TUGAS :

  • Melayani/ membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan ST secara tertib dan mesra;
  • Bertanggungjawab mengendalikan semua panggilan telefon dengan cekap dan berkualiti;
  • Memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh ST;
  • Bertanggunjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat perhubungan pelanggan, khidmat penerangan dan khidmat telefon; dan
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

KELAYAKAN :

  • Memiliki Sijil Politeknik atau yang setaraf denganya daripada institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  • Kemahiran berkomunikasi dan berperwatakan menarik;
  • Berketerampilan tinggi serta mesra dan berbudi bahasa;
  • Berkeyakinan dan berpengetahuan dalam penyaluran maklumat;
  • Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik;
  • Berkebolehan mengendalikan komputer dan peralatan telefon; dan
  • Berumur di antara 25 – 35 tahun.

CARA MEMOHON :

Permohonan jawatan kosong di atas hanya boleh dimohon secara atas talian dan pemohon perlulah DAFTAR terlebih dahulu.

Untuk memohon, sila klik pautan "iklan penuh jawatan" di bawah dan rujuk maklumat terperinci permohonan dan syarat-syarat kelayakan lantikan dan cara untuk memohon jawatan.