Jawatan Kosong Uniutama Education & Consultancy Sdn Bhd | Tarikh Tutup: 31 Ogos 2022
Permohonan Jawatan Kosong Uniutama Education & Consultancy Sdn Bhd.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan, berdaya saing, berwawasan, berfikiran dinamik dan yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi, untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Uniutama Education & Consultancy Sdn Bhd.
JAWATAN :
- PEMBANTU PENTADBIRAN (OPERASI)
SKOP KERJA :
- Membantu melaksanakan kerja-kerja pentadbiran dan operasi di Pusat Pendidikan Lanjutan dan Profesional (PACE).
- Urusan penyediaan fail pelajar PACE secara digital;
- Urusan penyediaan barangan pendaftaran pelajar; Urusan penyediaan peralatan peperiksaan Program PJJUUM;
- Urusan penyediaan soalan peperiksaan pertengahan dan akhir Program PJJUUM.
- Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
SYARAT PERMOHONAN :
- Keutamaan diberikan kepada calon lelaki.
- Diploma dalam bidang Pentadbiran, dan lain-lain dengan satu (01) tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
- Calon yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran akan diberi keutamaan.
- Mempunyai kemahiran merancang, interpersonal dan komunikasi yang baik.
- Fasih berbahasa dan menulis dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.
- Memiliki lesen kenderaan yang sah.
- Sanggup bekerja di Sintok, Kedah Darulaman.
CARA MEMOHON :
Kepada anda yang berminat untuk berkhidmat di UPSB, sila hantar resumé berserta gambar berukuran pasport yang mengandungi maklumat lengkap berkaitan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan gaji terkini/dijangka sebelum atau pada 31 Ogos 2022 kepada alamat berikut :Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd.
Lot 260-265, UUM Business Centre
Lorong 1, Taman Universiti
06010 Sintok
Kedah
(U/P: Unit Pengambilan)
ATAU
Sila hantarkan resume anda ke recruitment@umhsb.com.my ATAU hubungi 04-9232201 untuk sebarang pertanyaan.
IKLAN PENUH JAWATAN
.jpg)