Jawatan Kosong Jabatan Meteorologi Malaysia | Tarikh Tutup: 09 September 2022
Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Meteorologi Malaysia.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan, berdaya saing, berwawasan, berfikiran dinamik dan yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi, untuk mengisi kekosongan jawatan di spa9 seperti berikut:-
JAWATAN :
PEGAWAI METEOROLOGI IJAZAH GRED C41- Kekosongan: 4 (Lelaki) | Simpanan: 20 (Lelaki)
SYARAT LANTIKAN :
(a) warganegara Malaysia(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) memiliki:
- (i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang matematik fizik atau geofizik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred C41: RM2,317.00);
- (ii) ijazah sarjana dalam bidang meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred C41: RM2835.35)
- (iii) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred C41: RM3,146.69)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Meteorologi adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- (a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (C); dan
- (b) had umur pelantikan:
- (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
KEPERLUAN BIDANG (DITETAP OLEH KERAJAAN) :
Bidang bagi ijazah sarjana muda
- (a) Fizik
- (b) Fizik Gunaan
- (C) Fizik Industri
- (d) Geofizik
- (e) Matematik
- (f) Matematik Gunaan
- (g) Matematik Industri; atau
- (h) Sains Matematik/ Sains Major Matematik.
- Geofizik
KEPERLUAN TAMBAHAN :
Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda sains kepujian/ sarjanal doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.CARA MEMOHON :
Permohonan jawatan kosong di atas hanya boleh dimohon secara atas talian dan pemohon perlulah DAFTAR terlebih dahulu.
Untuk memohon, sila klik pautan "iklan penuh jawatan" di bawah dan rujuk maklumat terperinci permohonan dan syarat-syarat kelayakan lantikan dan cara untuk memohon jawatan.
Untuk memohon, sila klik pautan "iklan penuh jawatan" di bawah dan rujuk maklumat terperinci permohonan dan syarat-syarat kelayakan lantikan dan cara untuk memohon jawatan.