Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) | Tarikh Tutup: 09 Oktober 2022
Permohonan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
JAWATAN :
AKAUNTAN GRED WA41- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
- Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
- Jadual Gaji (Min - Max): RM2,820.00 – RM9,585.00
- Taraf Jawatan: Kontrak
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00);atau
(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00);atau
(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA). (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00);
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred WA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
(b) had umur pelantikan:
- (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
FUNGSI BIDANG TUGAS :
Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.CARA MEMOHON :
Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat menggunakan (Borang MBI.1) Pind.2/2009 yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Majlis Bandaraya Ipoh di www.mbi.gov.myPermohonan hendaklah disertakan:-
- i) Sekeping gambar terkini berukuran paspot; (dilekatkan pada borang permohonan);
- ii) Salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir; (disahkan);
- iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah; (disahkan); iv) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia dan Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah ; (disahkan);
- v) Salinan Ijazah dan transkrip / Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian; dan (disahkan)
- vi) Salinan sijil-sijil lain yang berkaitan (disahkan)
Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Ipoh
Tingkat 1. Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown,
30450 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 9 OKTOBER 2022.
CATATAN AM :
(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Hanya calon-calon yang diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar sahaja yang layak dilantik mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.