Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Personel MySTEP Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | Tarikh Tutup: 15 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong Personel MySTEP Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi satu (1) jawatan kontrak di bawah Personel Short Term Employment Program (MySTEP) bagi tahun 2022 seperti berikut:

JAWATAN :

PEGAWAI SUMBER MANUSIA GRED 41
  • Gaji: RM2,000.00
  • Tempoh Lantikan: sehingga 30 Jun 2023
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
  • Penempatan: Ibu Pejabat, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, WP Putrajaya

SYARAT KELAYAKAN :

Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan sumber manusia atau pentadbiran awam atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

DESKRIPSI TUGAS :

Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi serta sentiasa bersedia untuk melaksanakan sebarang arahan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON :

1. Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut (tidak akan dikembalikan):
  • a) Resume beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport; dan
  • b) Salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil digital vaksinasi COVID-19, sijil akademik iaitu SPM, Ijazah Sarjana Muda serta sijil lain yang berkaitan.
2. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui emel ke unit_upo@perpaduan.gov.my dengan catatan Permohonan Personel MySTEP – Jawatan Pegawai Sumber Manusia Gred 41 JPNIN.

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temu duga

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)